Kuih Muih Netizen

Resepi Sarang Semut Versi Cupcake, Lembut & Manisnya Confirm Terasa!

Resepi Sarang Semut Versi Cupcake, Lembut & Manisnya Confirm Terasa!
Jawatan Kosong baker & pastry

Kek Sarang Semut atau juga dikenali sebagai Kek Gula Hangus antara juadah tradisional yang sedap dan boleh dinikmati bila-bila masa. Tapi, pernah tak anda terfikir untuk mengubah bentuknya daripada saiz besar kepada versi cupcake yang comel ni?

BACA: Resepi Kuih Telaga Emas, Terasa Bangsawan Kejap Buat Manisan Tradisi Ni!

Teksturnya yang sedikit kenyal dan lembut buat orang tak jemu makan. Rasa manisnya pula confirm teringat-ingat! Apa kata anda cuba buat Kek Sarang Semut Versi Kertas Cawan daripada Puan Maizatul Nurjannah ni? Jom mula!

May be an image of cupcake

Resepi Kuih Sarang Semut Versi Cupcake

Bahan-bahan:

  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air panas
  • 1/4 cwn susu pekat
  • 3 s.b. butter
  • 1 cwn tepung penaik
  • 1/2 s.k. soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 penutup esen vanila

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, cairkan butter menggunakan microwave dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Panaskan kuali dan cairkan gula hingga bertukar warna keperangan.
  3. Tambahkan air bersama butter yang telah cair dan kacau hingga semua bahan larut.
  4. Tutupkan api dan biarkan air gula sejuk seketika.
  5. Sementara itu, kisarkan telur bersama esen vanila.
  6. Tambahkan susu pekat, tepung penaik, soda bikarbonat dan air gula yang sudah sejuk.
  7. Sediakan cawan kertas di dalam loyang dan tuangkan acuan.
  8. Bakar pada suhu 160 darjah selama 10 minit.
  9. Kek Sarang Semut Versi Cawan Kertas siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Resepi Sarang Semut Versi Cupcake, Lembut & Manisnya Confirm Terasa!
Gambar sekadar hiasan
Resepi Sarang Semut Versi Cupcake, Lembut & Manisnya Confirm Terasa!
Gambar sekadar hiasan

May be an image of cupcake

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook