Pencuci Mulut Netizen

Resepi Som-Som Sagu Gula Melaka ‘Bergedik’, Nikmat Dimakan Sejuk-Sejuk

Resepi Som-Som Sagu Gula Melaka ‘Bergedik’, Nikmat Dimakan Sejuk-Sejuk
Jawatan Kosong baker & pastry

Som-som sagu gula melaka memang antara dessert favourite ramai apabila datang bulan Ramadhan. Mana tidaknya, pencuci mulut ni memang tak dinafikan sangat sedap dan cukup menyegarkan tekak lepas seharian berpuasa.

BACA:Β Resepi Sagu Mangga Agar-Agar Simple, Sensasi Manisan Penyejuk Tekak

Jika dibeli di bazar Ramadhan, biasanya ia dijual dalam bekas bersaiz kecil. Jadi kalau nak buat sendiri di rumah, ikuti perkongsian resepi oleh Kak MJ ini. Selain mudah dibuat, bahan yang diperlukan pun tak banyak tapi dijamin guarantee sedap!

Resepi Som-Som Sagu Gula Melaka ‘Bergedik’, Nikmat Dimakan Sejuk-Sejuk
Gambar sekadar hiasan
Resepi Som-Som Sagu Gula Melaka ‘Bergedik’, Nikmat Dimakan Sejuk-Sejuk
Gambar sekadar hiasan

Resepi Som-Som Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan hijau:

  • 1 1/2 cawan sagu
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan putih:

  • 1 kotak santan (kecil)
  • 3 sb tepung beras
  • 1/2 sk garam
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Bahan-bahan air gula:

  • 2-3 ketul gula melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan air

Cara memasak: Bahan-bahan hijau

  1. Didihkan air dan masukkan daun pandan dan sagu ke dalam periuk.
  2. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah.
  3. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
  4. Toskan sagu dalam bekas penapis untuk buang lebihan air.
  5. Apabila sagu sudah sejuk dan kental, titikkan pewarna hijau dalam sagu, gaul rata dan biarkan dalam 10 minit.
  6. Kemudian asingkan sagu dalam mangkuk berbeza.
  7. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas.

Cara memasak: Bahan-bahan putih

  1. Masukkan daun pandan, 1 kotak santan dan sedikit air ke dalam periuk.
  2. Apabila mendidih, masukkan sedikit garam dan tepung beras.
  3. Tuangkan bahan-bahan putih di atas sagu yang sudah sejuk.
  4. Kemudian, tuangkan air gula di atasnya.
  5. Sejukkan dalam peti ais dan boleh dimakan.
@moeirajohnson

Done update with recipe… sedap dimkn time buka puasa… sejuk2 βœ¨πŸŒ™πŸ‘©β€πŸ³β˜ΊοΈ #cookingwithmj #TikTokChef #TikTokGuru #somsomsagu #ramadhan2021

♬ Ya Maulana (2020 Remaster) – Sabyan

Sumber: Facebook & Tiktok Kak MJ

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook