Sup Nasi Netizen

Resepi Soto Nasi Impit Kuah Power, Sedap Hingga Menjilat Mangkuk!

Resepi Soto Nasi Impit Kuah Power, Sedap Hingga Menjilat Mangkuk!
Jawatan Kosong baker & pastry

Nasi impit merupakan makanan versatile yang boleh dijamu dengan pelbagai hidangan. Selain dari kuah kacang dan rendang, nasi impit pun boleh dimakan dengan kuah soto. Rasanya sama lazat!

BACA: Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Kalau dijadikan juadah berbuka puasa memang ngam soi. Mana taknya, dalam semangkuk soto tu lengkap dengan nasi, ayam bergedil dan kuah yang power! Boleh lah topup tenaga seharian bekerja. Jadi kali ni, kami nak share pada anda resepi perkongsian daripada Puan Har Ryea. Keluarga pun pasti suka.

Resepi Soto Nasi Impit

Bahan-bahan: Soto Nasi

  • Nasi impit
  • Rebus bersama sedikit garam dan daun pandan dalam 1 jam 30minit (perlu sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong)
  • Lada kicap
  • 20 biji cili padi hijau
  • 10 hingga 15 biji limau kasturi (belah 2 dan diperah jus)
  • 4 hingga 5 biji bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari  (dibakar dulu)
  • Gula pasir
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Blend semua bahan-bahan di atas

Bahan-bahan lain:

  • Taugeh bersihkan dan biarkan mentah
  • Kacang tanah  (goreng)
  • Suhun (goreng)
  • Daun bawang dihiris-hiris
  • Bawang goreng

Cara Memasak: Bergedil Ayam

  1. Goreng 6 hingga 7 biji kentang yang dipotong dadu. Lenyek-lenyekkan di dalam mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, daging ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, bawang merah, telur sebiji, bawang goreng dan gaulkan semua.
  3. Bulat-bulat dan leperkan sedikit. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk sekejap sebelum digoreng.
  4. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk.
  5. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi dan mula menggoreng.

Cara Penyedian: Kuah Soto

  1. Ayam dipotong dan dibersihkan. Kemudian, rebuskan ia.
  2. Asingkan ayam dari air rebusan (bahagian leher, kaki boleh dibiarkan dalam air rebusan).
  3. Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Carikkan isi ayam apabila sejuk.
  4. Bawang besar (2 biji), bawang putih (4 ulas), halia (sebesar ibu jari). Dihiris-hiris atau blend.
  5. Tumis sampai naik bau, masukkan air rebusan ayam tadi, sup bunjut dan rempah soto.
  6. Apabila kuah sudah mendidih, boleh taburkan bawang goreng dan daun sup sedikit.

May be an image of food

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

Sumber: Facebook Har Ryea via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram