Western Style Netizen

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood, Masak Sendiri Dijamin Puas Hati!

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood, Masak Sendiri Dijamin Puas Hati!
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau ke restoran, Spaghetti Aglio Olio antara hidangan yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Boleh dikatakan antara menu top-seller lah! Tapi anda tak perlu bertandang ke sana pun, sebab bila pandai masak sendiri di rumah dijamin lagi puas hati!

BACA: Bosannya Asyik Makan Nasi Masa Iftar, Jom Try Spaghetti Bolognese Bakar!

Apa kata anda ikut resepi daripada Puan Maya Miera ni? Menggunakan bawang putih dan minyak sebagai bahan utama, bila tumis tu memang semerbak aromanya! Kalau tak suka seafood, tukarkan saja kepada isi ayam ataupun daging mengikut citarasa anda.

67748210 2563688690310715 8327273904213065728 n.jpg? nc cat=102&ccb=1 3& nc sid=b9115d& nc ohc=zmRwLY8ovZUAX8Hw9TK& nc ht=scontent.fkul14 1

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

Bahan-bahan:

  • Spaghetti
  • Udang
  • Sotong
  • 4 hingga 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • Brokoli (direbus)
  • Cendawan (dihiris)
  • Tomato ceri
  • Daun parsli
  • 2 hingga 3 tangkai cili kering (dipotong serong)
  • 1/2 cawan air rebusan spaghetti
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 s.k. garam
  • 1 hingga 2 s.b. chili flakes
  • 1 s.b. lada hitam
  • Oregano
No photo description available.
No photo description available.

Cara memasak:

  1. Rebuskan spaghetti di dalam air panas bersama sedikit minyak dan garam.
  2. Kemudian, angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
    (Nota: Jangan buang semua air rebusan spaghetti).
  3. Panaskan minyak masak dan goreng udang bersama sotong.
  4. Apabila udang dan sotong sudah bertukar warna, angkat dan ketepikan seketika.
  5. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga naik bau.
  6. Tambahkan cendawan, brokoli, tomato ceri, cili kering, kiub ayam, garam, lada hitam, chili flakes dan sedikit oregano.
  7. Masukkan spaghetti dan kacau rata.
  8. Akhir sekali, taburkan daun parsli di atasnya.
  9. Spaghetti Aglio Olio Seafood siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Buat yang Hobi Masak, Simak Tips Merebus Pasta agar Tidak Lembek - Gaya Tempo.co
Gambar sekadar hiasan

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook