Ayam Nasi Netizen

Resepi Special Nasi Kak Wok- Makan Dengan Sambal Killer, Confirm Menyengat

Resepi Special Nasi Kak Wok- Makan Dengan Sambal Killer, Confirm Menyengat
Jawatan Kosong baker & pastry

Walaupun original berasal dari Kelantan, tapi juadah Nasi Kak Wok sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Waktu bulan puasa ini pula, ia sangat sesuai dijadikan sebagai juadah berbuka kerana menunya yang lengkap dengan lauk ayam, kuah gulai serta sambal.

BACA: Resepi Ayam Goreng Tomyam Sedap & Pedas Terangkat, Confirm Bertambah Nasi!

Bau ayam goreng yang dimasak bersama bawang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja. Menu ini juga memang sering dijumpa di kebanyakkan kedia makan. Jika yang dimasak di kedai, kadang-kadang jarang dapat ayam bersaiz besar atau kurang jumlah sayurnya. Mereka kan berniaga, tak sama dengan kita yang masak untuk dimakan sendiri. Jadi, ikuti perkongsian resepi oleh saudari Afy Al Habibi ini.

May be an image of food
Sumber gambar Afy AL Habibi

Resipi Nasi Kak Wok

Bahan-bahan: Gulai Ayam

  • 3 ketul ayam (dicincang kecil)
  • 1 sudu makan rempah gulai kak wok
  • 1 cawan air
  • 1/2 keping manisan Kelantan @ gula melaka (Nota: Boleh mengikut citarasa anda)
  • 2 senduk santan
  • 1 biji terung (dipotong dadu)
  • 1/3 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
  • Minyak masak
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas kecil bawang putih
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 hiris halia
  • 1 hiris serai
  • ¬†Ketumbar
  • Jintan manis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak sedikit dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Seterusnya, masukkan 1 sudu makan rempah gulai kak wok. (Nota: Gunakan api perlahan sahaja).
  3. Tuangkan 1/2 cawan air.
  4. Tutup menggunakan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. (Nota: Renehkan dengan api perlahan).
  5. Masukkan setengah keping kecil manisan Kelantan dan setengah sudu kecil garam halus.
  6. Kemudian, masukkan isi ayam yang dicincang kecil.
  7. Biarkan semua bahan sebati dalam 15 minit. (Nota: Masak guna api perlahan).
  8. Kemudian, masukkan 2 senduk santan dan tambahkan setengah cawan air.
  9. Setelah gulai mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
  10. Masukkan terung dan lobak merah yang dipotong dadu.
  11. Biarkan kuah gulai mereneh selama 5 minit
  12. Kemudian, masukkan potongan kacang panjang.
  13. Apabila kuah sudah mendidih, boleh padamkan api.

Bahan-bahan: Ayam Goreng

  • 3 ketul ayam (dicincang kecil)
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk lada sulah
May be an image of food
Sumber gambar Afy AL Habibi
May be an image of food and indoor
Sumber gambar Afy AL Habibi

Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam yang telah dicincang kecil.
  2. Perapkan dengan setengah sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan sedikit serbuk lada sulah.
  3. Gaulkan sebati dan biarkan perapan selama 20 minit.
  4. Kemudian, panaskan minyak.
  5. Goreng sehingga ayam bertukar kuning keemasan.
  6. Angkat dan toskan minyak.

Bahan-bahan: Sambal Killer

  • 1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 sk cuka
  • 1 sb garam
  • 3 sb gula
  • 1/3 cawan air masak
  • 1 biji limau kasturi

Cara memasak:

  1. Kisarkan cili padi merah, belacan bakar, cuka, garam, gila, air dan limau kasturi sehingga lumat.
  2. Hiriskan kulit limau kasturi untuk menyedapkan lagi rasa sambal. (Nota: Sambal ini boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lebih sedap).
May be an image of food and text that says "Afy AL Habibi"
Sumber gambar Afy AL Habibi
May be an image of food
Sumber gambar Afy AL Habibi

Sumber: Facebook Afy AL Habibi via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook