Sup Ikan Netizen

Resepi Sup Ikan Merah Yang Simple, Lazat Dihirup Hingga Titisan Terakhir!

Resepi Sup Ikan Merah Yang Simple, Lazat Dihirup Hingga Titisan Terakhir!
Jawatan Kosong baker & pastry

Masakan kali ini memang popular sebagai lauk ‘berpantang’ bagi wanita yang berpantang selepas bersalin. Walaupun begitu, ia tetap saja sedap dinikmati panas-panas oleh seisi keluarga. Time hujan lagilah memang fuhhh, layan habis!

BACA: Resepi Sup Tulang Ala Siam Yang Super Sedap, Ketuk-Ketuk Bahan Dah Siap

Apa kata menu berbuka puasa, cuba resepi mudah Sup Ikan Merah daripada Dr. Kamarul Ariffin ini? Rasa manis dan sedap hasil renehan ikan segar bersama beberapa jenis rempah memang power! Tak kisahlah makan dengan nasi atau hirup macam tu saja, yang penting rasanya lazat hingga titisan sup yang terakhir.

May be an image of food

Resepi Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ikan merah segar
  • 6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • Halia (dihiris tebal)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit garam dan lada sulah

May be an image of food and indoor

May be an image of food

Cara memasak:

  1. Cuci ikan merah dengan air asam dan garam.
  2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  4. Masukkan ikan yang dicuci dan tuang 750ml air.
  5. Reneh ikan selama 30 minit.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk rasa sulah.
    (Nota: Boleh gantikan serbuk lada sulah dengan serbuk lada hitam).
  7. Tambahkan hirisan tomato dan cili padi.
  8. Masak sehingga kuah mendidih dan tutupkan api.
  9. Sup Ikan Merah siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram