Tart nanas sentiasa menjadi kuih raya kegemaran ramai sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali isi ke dalam balang, mesti cepat habis dan tuan rumah kena topup berkali-kali, kan? Keenakan tart nanas bergantung pada rasa jemnya yang tidak terlalu masam ataupun manis. Ditambah pula tekstur biskut yang rapuh dan cair di mulut tu memang favourite sangat!
Kebiasaannya, ramai yang pilih untuk beli saja tart nanas ‘sedia siap’ atau pun pakai inti nanas segera. Tapi memandangkan musim PKP ni ramai yang nak berjimat, jadi apa kata cuba ikut resepi mudah ini dan sediakan di rumah saja!
Resepi Tart Nanas
Bahan-bahan (Jem Nanas)
- 2 biji nanas masak
- 150 gm gula kastor
- 6 biji bunga cengkih
- 200 ml air
Bahan-bahan (Tart Nanas)
- 250 gm marjerin
- 3 sb susu pekat
- 3 sb tepung jagung
- 3 sb tepung kastard
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sb esen vanila
- 2 biji kuning telur
- 2 sb minyak sapi
- pewarna kuning (secukupnya)
- coklat putih
- pewarna hijau (secukupnya)
- sprinkle bunga
Cara memasak
- Jem Nanas: Kupas kulit nanas dan potong dadu. Kisarkan nanas dengan sedikit air sehingga lumat.
- Tapiskan nanas tersebut dan masukkan ke dalam kuali.
- Masak nanas sehingga kering lalu masukkan gula kastor dan bunga cengkih.
- Teruskan masak sehingga nanas bertukar warna keperangan dan mula bergumpal.
- Setelah masak, angkat dan ketepikan.
- Bulat-bulatkan jem nanas bergantung kepada acuan dan sejukkan seketika di dalam peti ais.
- Tart nanas: Pukul marjerin, susu pekat, 1 biji telur kuning dan minyak sapi.
- Kacau sebati dan masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.
- Gaul sebati sehingga doh tidak melekat pada tangan.
- Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan perlahan pada permukaan rata.
- Kemudian, letakkan jem nanas tadi dan gulung kemas.
- Oleskan tart nanas dengan campuran kuning telur.
- Susun tart nanas di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 160 darjah selama 10-15 minit.
- Cairkan coklat putih dan campurkan bersama pewarna hijau dan paipkan ke atas tart nanas. Hiaskan dengan sprinkle bunga.
- Tart Nanas siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi