Pastri

Resepi Tart Telur Portugis Puff Pastri Menggunakan Air Fryer

Jawatan Kosong baker & pastry

Tart Telur Portugis Puff Pastri atau dikenali sebagai Pastel de nata di negara Portugal merupakan pencuci mulut yang wajib dijual di kedai-kedai bakeri. Teksturnya yang rangup di luar namun lembut dan cukup creamy di bahagian tengahnya menjadikan ia sebagai satu dessert kegemaran ramai. Meskipun harganya boleh dikatakan mahal, penggemar Tart Telur Portugis tidak kisah membelinya berulang-ulang kali asalkan dapat merasainya.

Tapi daripada beli mahal-mahal, lebih baik buat sendiri. Lagi jimat dan puas hati punya. Resepi ni pun mudah je sebenarnya. Jadi bagi mereka yang menggemarkan pencuci mulut ni, bolehlah cepat-cepat cuba resepi di bawah. Selamat mencuba.

Resepi Tart Telur Portugis Puff Pastri

Bahan-bahan

  • 350 ml susu segar
  • 100 ml krim putar bukan tenusu
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sb esen vanila
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • puff pastri

Cara memasak

  1. Pecahkan telur dan masukkan esen vanila, gula kastor, susu segar, krim putar bukan tenusu dan garam.
  2. Pukul seketika sehingga campuran sebati. Ketepikan.
  3. Taburkan sedikit tepung gandum ke atas papan canai dan potong puff pastry menggunakan cookies cutter.
  4. Canai dan bentukkan puff pastry tersebut pada acuan aluminum.
  5. Cucuk permukaan puff pastry menggunakan garfu.
  6. Tapiskan campuran telur dan tuang ke dalam acuan.
  7. Bakar di dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 160°C .
  8. Portuguese Egg Tart siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram