Netizen Seafood Sup Udang

Resepi Tomyum Campur Padu & Terangkat, Sedapnya Mengalahkan Kedai Thai

Resepi Tomyum Campur Padu & Terangkat, Sedapnya Mengalahkan Kedai Thai
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau pergi saja ke kedai masakan Thailand, tomyam antara menu wajib yang akan dipesan ramai pelanggan. Boleh dikatakan hidangan tu antara best seller la gitu. Rasanya yang padu memang tidak dapat disangkal lagi tambah-tambah kalau kalau letak banyak cili padi. Fuhhhh berpeluh-peluh makan yang penting sedapkan!

BACA: Lain Dari Yang Lain, Resepi Nasi Tomyam Ikan Pasti Terangkat!

Orang dok kata masak tomyum ni senang sebab main campak-campak je. Tapi susah juga nak dapat rasa kuah ‘kaw’ seperti di kedai. Tapi jangan risau kerana kami ingin kongsikan resepi istimewa daripada Puan Nurul Ateekah. Kalau tiba-tiba tekak teringin nak makan pada waktu malam dan kedai dah tutup, boleh je terus ke dapur memasak.

May be an image of food

Resepi Tomyam Campur

Bahan-bahan:

  • 5 sb cili kisar
  • 3 batang serai (dipotong serong)
  • 8 helai daun limau purut
  • 4 sb perencah tomyam
  • 5 sb sos ikan
  • 1 biji bawang holland (dipotong)
  • Bunga kobis
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • 1 paket cendawan tiram
  • 6 biji tomato
  • Daun ketumbar
  • 6 batang jagung kecil (dipotong serong)
  • 6 biji cili padi merah
  • 300g udang
  • 300g sotong
  • ¬†400g kepak ayam (dipotong kecil)
  • Garam
  • Air secukupnya

May be an image of food and indoor

May be an image of food

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan cili kisar, bawang holland, serai dan daun limau purut sehingga naik bau.
  3. Masukkan perencah tomyam.
  4. Tambahkan udang, ayam, sotong dan biarkan masak seketika.
  5. Selepas itu, masukkan air secukupnya. (Nota: Kuantiti air mengikut kepekatan kuah yang anda suka).
  6. Kemudian, tambahkan cili padi, bunga kobis, lobak merah, cendawan tiram, tomato dan jagung kecil.
  7. Perasakan dengan sos ikan dan sedikit garam.
  8. Masak sehingga kuah mendidih dan taburkan daun ketumbar di atasnya.
  9. TomYam Campur siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Nurul Ateekah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes