Makanan yang berasaskan seafood memang tidak pernah menghampakan. Kalau selama ni anda selalu masak buttermilk chicken, apa kata cuba gantikan dengan udang pula? Paling best, perahan lemon ditambah untuk berikan rasa masam-masam memikat jiwa! Fuhhh terangkat weh.
BACA: Nak Cuba Menu Baru? Ini Dia Resepi Kari Udang Panang Thai Yang Super Sedap
Untuk idea menu masakan hari ni, jom try Udang Butter Lemon daripada saudari El. Sekali makan, pasti buat orang ketagih! Cara memasak cukup mudah dan tak perlu berlama di dapur. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, tau! Jom mula.
Resepi Udang Butter Lemon
Bahan-bahan:
- 15 hingga 30 ekor udang
- 100g butter
- 1 biji bawang holland (dipotong)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 tin susu cair
- Sedikit garam dan gula
- 5 tangkai cili padi (Nota: Boleh tambahkan kuantiti cili api jika anda suka pedas)
- 1 tangkai daun kari
- Perahan air lemon
Cara memasak:
- Cucikan udang segar hingga bersih dan buang kulitnya.
- Kemudian, panaskan kuali dan masukkan butter.
- Apabila butter sudah cair, masukkan udang dan masak hingga bertukar warna.
- Angkat udang dan ketepikan terlebih dahulu.
- Guna kuali yang sama, tumiskan bawang putih, bawang holland, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Tambahkan air, susu cair bersama perahan lemon dan kacau seketika.
- Udang Butter Lemon siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Twitter EL
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi