Walaupun baru seminggu berpuasa, mesti mak-mak dan akak-akak dekat rumah dah pening kepala fikirkan pasal biskut raya, kan? Kalau sebelum ini anda asyik beli je, apa kata tahun ni kita try buat sendiri? Cair di mulut, kuih semperit memang jadi kegemaran ramai. Bukan sahaja kanak-kanak, orang tua pun boleh habiskan entah-entah licin sebalang!
BACA: Biskut Raya Cornflakes Chocolate Chip Crunchy Di Luar, Manis Di Dalam!
Biskut ini juga dikenali sebagai Biskut Semperit Dahlia tau. Baru-baru ini, Puan Hainany Idayu telah kongsikan resepinya dan dalam sekelip mata beribu-ribu orang shares. Kalau anda tak cuba resepi anti-gagal ni, memang rugi. Bentuknya pun cantik pasti buatkan semua nak rasa. Jom kita tengok, memang sangat nak buat.
Resepi Semperit Susu
Bahan-bahan:
- 250 gram butter
- 1/2 cawan gula ising
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 penutup botol esen vanilla
- 400 gram tepung jagung
Cara memasak:
- Pertama sekali, gaulkan butter dan gula hingga sebati.
- Selepas itu, masukkan susu dan esen vanilla dan gaulkan lagi.
- Kemudian, masukkan tepung jagung dan uli hingga menjadi doh yang lembut (bukannya lembik).
- Terap dan rehatkan selama 10 hingga 15 minit. (Nota : Gunakan acuan semperit bunga pecah 10. Tekan perlahan-lahan untuk hasilkan kelopak yang cantik)
- Bakar suhu 170 darjah, 35 hingga 40 minit.
Sumber: Facebook Hainany Idayu via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi