Setiap kali jam tunjukkan hampir masuk waktu berbuka je, mesti dah pening nak minum air apa untuk basahkan tekak nanti. Apa kata kali ini, anda cuba buat air sirap bandung campur soda power!
BACA: Resepi Homemade Puding Roti Coklat Kayangan & Sos Creamy Lemak Manis
Minum pulak time sejuk, memang terangkat! Bahan-bahan yang diperlukan pun simple dan mudah didapati di kebanyakan pasar raya. Kalau anda nak cuba waktu berbuka puasa nanti, ikuti resepi perkongsian dari Puan Habibah Badar Bajrai. Memang sedap sampai beribu-ribu orang share.


Resepi Sirap Bandung:
Bahan-bahan:
- 1 botol aiskrim soda 1.5L
- Sirap ros
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 tin susu cair
- Air batu secukupnya
Cara-cara Penyediaan:
- Masukkan ais batu terlebih dahulu.
- Kemudian, masukkan sirap ros, air aiskrim soda, esen vanila dan sedikit garam.
- Selepas itu, masukkan satu tin susu cair dan satu besar susu manis (kacaukan segera kerana tidak mahu susu jadi berketul pula).
- Apabila siap, sirap bandung soda boleh disimpan di dalam bekas yang tertutup kerana tak nak sodanya hilang.
- Disarankan untuk minum waktu sejuk, memang power!
Sumber: Facebook Habibah Badar Bajrai
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi