Lauk Ikan Netizen

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas
Jawatan Kosong baker & pastry

Buat mereka yang suka makan Ikan Sumbat Sambal, mesti akan jatuh cinta juga pada Ikan Sumbat Kelapa Daun Lengkuas ni. Biasanya kita selalu makan yang bersambal sahaja, tapi kali ni apa kata kita cuba tukar selera dengan menambah kelapa untuk rasa yang lagi sedap.

BACA: Lah Senangnya Buat Tauhu Sumbat Ikan Kembung, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

So, hari ni kami bawakan kepada anda Resepi Ikan Sumbat Kelapa Daun Lengkuas hasil perkongsian Puan Nur Farah Rania Farah. Katanya, resepi ini boleh diolah menggunakan cara sendiri sama ada ikan digoreng atau dibakar. Apa-apa kaedah yang digunakan pun, dijamin sedap! Jom kita cuba.

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas

Resepi Ikan Sumbat Kelapa Daun Lengkuas

Bahan-Bahan:

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili besar 2 biji
  • 10 batang serai
  • Belacan
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • Air asam jawa
  • 1 biji kelapa parut
  • 5-6 ekor ikan (Nota: Terpulang untuk menggunakan jenis ikan mengikut citarasa anda)

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas

Cara Membuat:

  1. Tumbuk cili padi bersama belacan dan serai sehingga lumat.
  2. Kemudian, perasakan dengan garam, gula dan sedikit air asam jawa.
  3. Gaulkan bersama kelapa parut, bawang dan daun kunyit yang telah dihiris. Gaul rata.
  4. Kemudian, balutkan ikan dengan daun lengkuas dan bakar atau goreng hingga sempurna.
  5. Ikan Sumbat Daun Lengkuas siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas

Sedap Makan Panas-Panas! Jom Buat Ikan Sumbat Kelapa Balut Daun Lengkuas

Sumber: Facebook Nur Farah Rania Farah via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram