Netizen Chinese Style Sup

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila sebut je Sup Dumpling, fuhh dah terasa dah nikmat hirup kuah panas-panas dekat tekak ni. Walaupun menu simple, tapi mampu membuka selera dan yang penting mengenyangkan. Kalau beli dekat luar, harganya boleh tahan mahal juga. Baik buat sendiri lagi puas hati, kan?

BACA: Resepi Unik Sup Ayam Santan Ala Thai, Cukup Rasa Pedas Masam Berlemak

Ikut saja Resepi Sup Dumpling yang kami bawakan kepada hari ni hasil perkongsian oleh Puan Hashimah. Taklah mana ada leceh, cara nak membuatnya tak susah pun. Semua orang boleh buat, sekejap je dah siap! Apa lagi tu, jomlah kita mula!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Resepi Sup Dumpling

Bahan Utama:

  • 250g tepung gandum
  • 160ml air panas
  • Garam

Bahan Inti:

  • Ayam (dicincang halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Bawang merah (dipotong dadu)
  • Lada sulah (Nota: Terpulang pada citarasa masing-masing)
  • Garam
  • Gula

Bahan Sup:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Gula
  • Garam
  • Air

Cara Membuat:

  1. Campurkan kesemua bahan utama dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Rehatkan doh selama lebih kurang setengah jam.
  3. Tekan doh sehingga menjadi nipis dan tekapkan menggunakan acuan berbentuk bulat.
  4. Sementara itu, campurkan semua bahan inti ke dalam bekas dan kacau rata.
  5. Kemudian, letakkan inti ke atas kepingan doh serta kelimkan dengan kemas.
  6. Kukuskan selama lebih kurang 5 minit atau hingga kulit kelihatan jernih.
  7. Seterusnya, tumiskan bawang putih dan halia ke dalam periuk.
  8. Masukkan air, gula dan garam secukupnya.
  9. Masukkan pula dumpling ke dalam sup. Biarkan sehingga mendidih.
  10. Sup Dumpling siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sedapnya Hirup Panas-Panas, Jom Cuba Buat Sup Dumpling Hari Ni!

Sumber: Facebook Hashimah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram