Lauk Netizen

Sekali Makan Pasti Berpeluh! Resepi Berhantu Sambal Belacan Tomato Ketagih

Sekali Makan Pasti Berpeluh! Resepi Berhantu Sambal Belacan Tomato Ketagih
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau nama pun tekak Melayu, mesti sesetengah kita tak berapa selera nak makan kalau tak ada sambal belacan. Walaupun confirm berpeluh, tapi geng ‘hantu sambal belacan’ saja tahu betapa nikmatnya penyedap makanan tersebut. Selain nasi, ia juga sesuai digandingkan dengan ulam-ulaman.

BACA: Resepi Sambal Sardin Tumis Simple, Mak-Mak Wajib Try Untuk Lauk Sahur

Sebenarnya, susah untuk buat sambal belacan power dan cukup rasa. Apa kata anda ikuti resepi sambal ketagih daripada Puan Sara yang confirm ‘ketagih’ sehingga mendapat 12 ribu shares di Facebook. Uniknya resepi kali ini, tomato yang segar turut digunakan untuk mengimbangi rasa pedas dan add on rasa masam sedikit. Selamat mencuba!

Resepi Sambal Ketagih

Bahan-bahan:

  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili besar
  • 2 biji tomato segar
  • 2 biji bawang besar
  • Belacan
  • 6 biji bawang merah
  • Minyak masak
  • Sedikit gula dan garam

Sekali Makan Pasti Berpeluh! Resepi Berhantu Sambal Belacan Tomato Ketagih

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Kemudian, gorengkan cili padi, cili besar, tomato, bawang besar, belacan dan bawang merah sehingga layu.
  3. Setelah itu, ketepikan bahan tersebut dan biarkan sejuk seketika.
  4. Kisarkan semua bahan di atas.
  5. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  6. Apabila semua bahan siap dikisar, tumiskan sekejap sehingga naik minyak.
  7. Setelah bahan tumisan naik minyak, boleh tutupkan api.
(Nota: Boleh perahkan sedikit limau sebelum makan untuk menambahkan kelazatan sambal tersebut).
Sekali Makan Pasti Berpeluh! Resepi Berhantu Sambal Belacan Tomato Ketagih
Sekali Makan Pasti Berpeluh! Resepi Berhantu Sambal Belacan Tomato Ketagih

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook