snek Netizen Sayur

Senang Je Buat Terung Goreng Bertuna, Kudapan Istimewa Waktu Musim PKP

Senang Je Buat Terung Goreng Bertuna, Kudapan Istimewa Waktu Musim PKP
Jawatan Kosong baker & pastry

Musim PKP kali ini, mesti ramai yang nak try masak makanan unik dan syok untuk dinikmati bersama keluarga. Yelah bila dah duduk rumah tu, mulut memang asyik nak mengunyah je. Haaa apa kata anda cuba buat Terung Goreng Bertuna yang dikongsi oleh saudari Sue Zakaria ini?

BACA: Resepi Pelangkap Iftar Anda, Sedapnya Sayur Terung & Tauhu Kicap Pedas!

Tekstur luarnya yang crispy, ditambah pula isi tuna memang padu beb! Rasa pedas manja dan bentuk yang kecil boleh buat orang makan tak berhenti. Jangan kata anak-anak, suami pun mesti excited sekali bila dihidangkan kudapan simple tapi istimewa ni!

No photo description available.

Resepi Terung Goreng Bertuna

Bahan-bahan:

  • Terung (bersaiz kecil)
  • Tepung serbaguna
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Sedikit lada sulah
  • Tuna
Senang Je Buat Terung Goreng Bertuna, Kudapan Istimewa Waktu Musim PKP
Gambar sekadar hiasan

Cara memasak:

  1. Campurkan tepung serbaguna, tepung gandum, tepung jagung bersama lada sulah.
  2. Tambahkan sedikit air dan kacau hingga sebati. (Nota: Jangan tambahkan terlalu banyak air kerana bancuhan akan bertukar cair).
  3. Belahkan terung kepada 2 bahagian. (Nota: Pastikan belahan tidak terputus).
  4. Tambahkan isi tuna ke dalam bahagian yang dibelah.
  5. Kemudian, celupkan terung di dalam bancuhan tepung tadi.
  6. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  7. Apabila minyak sudah betul-betul panas, gorengkan tepung yang telah dicelup.
  8. Masak hingga bertukar warna keperangan.
  9. Angkat dan toskan minyak terlebih dahulu.
  10. Terung Goreng Bertuna siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Cik Sue Zakaria via Masak Apa Hari Ni..MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook