Lauk Netizen

Sodap Tak Terkato, Mari Try Resepi Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lemak

Sodap Tak Terkato, Mari Try Resepi Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lemak
Jawatan Kosong baker & pastry

Hidangan Masak Lemak Cili Api memang sangat sinonim dengan orang Negeri Sembilan. Boleh dikatakan ini antara menu tradisi bagi mereka di sana. Ditambah pula dengan kulat sisir dalam juadah ‘berhantu’ ni, gerenti sodap tak terkato!

BACA: Resepi Daging Harimau Meraung & Sos Ala Thai, Sedap Sampai Keluar Air Mata

Pada hari raya ke-8 ni, kami ingin kongsikan resepi simple tapi padu daripada saudara Khairul Abdullah ni. Rasa smoky daging bersama kuah yang  pedas memang bikin berpeluh beb! Tak perlu tunggu isteri, para suami pun boleh tunjuk skill memasak mereka. Dah telan air liur ke tu? Jom mula memasak Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lemak!

May be an image of food

Resepi Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lemak

Bahan-bahan:

  • 500g daging salai
  • 1 hingga 2 cawan kulat sisir
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 kotak kecil santan
  • Asam keping
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 genggam cili padi
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Sodap Tak Terkato, Mari Try Resepi Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lemak

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, kisarkan bawang merah, cili padi, belacan, halia, kunyit hidup bersama sedikit air.
  2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging salai dan reneh seketika.
  4. Tambahkan santan, serai bersama asam keping.
  5. Masukkan 2 cawan air dan perasakan dengan sedikit garam.
  6. Kacau hingga kuah mendidih dan tambahkan kulat sisir.
  7. Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau rata.
  8. Perlahankan api dan masak hingga cendawan lembut.
  9. Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lomak siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook