Pencuci Mulut Minuman Netizen

Tak Payah Keluar Beli, Senang Je Buat Cendol Manis Homemade

Tak Payah Keluar Beli, Senang Je Buat Cendol Manis Homemade
Jawatan Kosong baker & pastry

Sebut sahaja minum petang, kita semua pasti terbayang cendol. Dihidangkan pula waktu panas terik, confirm hilang terus rasa dahaga. Rasa lemak manis kombinasi daripada campuran air gula melaka dan santan pekat memang boleh menggiurkan sesiapa sahaja.

BACA: Resepi Air Cha Bang Ang Ala Thai, Penyedap Tekak Di Kala Cuaca Panas

Mesti ramai ingat leceh nak buat dessert ikonik ni, kan? Jangan risau, ikut je resepi mudah yang dikongsi oleh Puan Zubaidah untuk buat cendol homemade yang sangat sedap! Lepas ni, tak perlu lagi ke kedai sebab lagi senang buat sendiri di rumah. Kebersihan pun sudah tentu terjamin.

Resepi Cendol Homemade

Bahan-bahan: Cendol

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Daun pandan
  • 1500 ml air

Bahan-bahan: Air Gula

  • Santan pekat
  • Susu full cream
  • Gula merah
  • Gula melaka
  • Garam sedikit

Cara penyediaan: Cendol

  1. Bancuhkan 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung ubi, 1 sudu kecil air kapur, daun pandan dan 1500ml air.
  2. Kemudian, tapiskan.
  3. Setelah itu, kacau dengan api yang perlahan sehingga cendol masak.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan.
  5. Tekan perlahan-lahan ke dalam air yang berisi ais.

27459535 1563735547008189 2418389332777793908 n.jpg? nc cat=111&ccb=1 3& nc sid=b9115d& nc ohc=Mm3TASpxkUUAX8hGTig& nc ht=scontent.fkul8 1

Cara penyediaan: Air Gula

  1. Campurkan santan pekat, susu full cream, gula merah dan gula melaka.
  2. Perasakan dengan dengan sedikit garam dan kacau rata.
  3. Masukkan cendol yang telah dimasak ke dalam air campuran gula melaka.

26992742 1563735657008178 3061530340238414382 n.jpg? nc cat=103&ccb=1 3& nc sid=b9115d& nc ohc=vMp3vF 06lgAX9AU8lo& nc ht=scontent.fkul8 1

27332374 1563735807008163 3317011650419089293 n.jpg? nc cat=110&ccb=1 3& nc sid=b9115d& nc ohc=Qk5xthRiKJ0AX8LE 6J& nc oc=AQl8YCJTxnmAcCoikBkOogRGv VvzjMqgI9YlLGcaV3llu4t1m bvnZvYcvsZToD2U0& nc ht=scontent.fkul8 1

Sumber: Facebook Ctie Zubaidah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook