Western Style Netizen snek

Tak Perlu Beli Frozen Dah, Jom Buat French Fries Garing Sendiri Di Rumah!

Tak Perlu Beli Frozen Dah, Jom Buat French Fries Garing Sendiri Di Rumah!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila sebut saja French Fries, memang ramai peminat makanan segera ni kan? Lagi-lagi bila cicah sos tak pun, calit sikit dengan ais krim. Bukan budak-budak je yang suka, orang yang dewasa ni pun bila pergi ke restoran mesti order kan? Tapi itulah tak boleh makan selalu, harganya pun boleh tahan mahal.

BACA: Jom Meriahkan PKP 3.0 Dengan Snek Ubi Kentang Tornado Ni!

Sebenarnya, nak buat French Fries di rumah senang saja, tapi bila kita cuba buat sendiri ada saja yang tak kena. Kalau tak kena cara boleh jadi terlalu lembik, terlalu keras, banyak serap minyak, dan kurang garingnya. Ikut resepi mudah yang dikongsi oleh Puan Farah Afendy ni. Confirm mulut tak berhenti mengunyah sebab sedap sangat! Apa lagi, jom mula!

Tak Perlu Beli Frozen Dah, Jom Buat French Fries Garing Sendiri Di Rumah!

Resepi French Fries Homemade

Bahan-Bahan:

  • 5-6 biji kentang
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • 1-2 s.b. tepung jagung

Cara Membuat:

  1. Rebuskan kentang sehingga separa empuk.
  2. Kemudian, lenyekkan kentang dan perasakan dengan sedikit garam, serbuk perasa serta serbuk lada hitam.
  3. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
  4. Seterusnya, ratakan adunan dan potong memanjang atau ikut kreativiti serta citarasa masing-masing.
  5. Kemudian, goreng dengan api sederhana hingga masak sempurna atau berwarna perang keemasan.
  6. French Fries Homemade siap untuk dihidang dan dinikmati sebagai snek. Selamat berebut dan selamat mencuba, guys!

Tak Perlu Beli Frozen Dah, Jom Buat French Fries Garing Sendiri Di Rumah!

Tak Perlu Beli Frozen Dah, Jom Buat French Fries Garing Sendiri Di Rumah!

Tak Perlu Beli Frozen Dah, Jom Buat French Fries Garing Sendiri Di Rumah!

 

Sumber: Facebook Farah Afendy via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram