Mee Ikan Netizen

Tak Perlu ‘Berperang’ Lagi, Mudahnya Buat Laksa Versi Ikan Sardin Ni

Tak Perlu ‘Berperang’ Lagi, Mudahnya Buat Laksa Versi Ikan Sardin Ni
Jawatan Kosong baker & pastry

Laksa memang antara makanan yang menjadi favorite rakyat Malaysia. Hampir setiap negeri mempunyai keunikkan resepinya tersendiri. Sehingga baru-baru ni pun viral ada yang ‘berperang’ kalau tak gunakan resepi asli turun-temurun ni!

BACA: Mi Segera Asam Laksa Homemade, Confirm Sedap Sampai Menjilat Mangkuk!

Haaa toksah pening lagi sebab hari ni, kami ingin kongsikan resepi mudah daripada Puan Noriza Awang. Paling best, boleh gunakan ikan sardin dalam tin je tau korang! Bau kuah yang semerbak memang boleh buat orang tergoda! Rasanya confirm padu dan lazat. Lepas makan ni, mesti dapat pujian daripada cik abang!

No photo description available.
Kredit Foto: Norizaawanghamat
Tak Perlu ‘Berperang’ Lagi, Mudahnya Buat Laksa Versi Ikan Sardin Ni
Gambar sekadar hiasan

Resepi Laksa Ikan Sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin ikan sardin
  • 1 paket pes asam pedas
  • Nenas
  • Belacan (dibakar)
  • 2 biji bawang merah
  • Cili kering (Nota: Tak perlu letak jika anda tak suka pedas)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Bebola ikan
  • Sedikit garam
Tak Perlu ‘Berperang’ Lagi, Mudahnya Buat Laksa Versi Ikan Sardin Ni
Kredit Foto: Norizaawanghamat

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, buangkan sos ikan sardin dalam tin dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, kisarkan  ikan sardin, pes asam pedas, nenas, belacan, bawang merah dan cili kering hingga halus.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tuangkan bahan yang dikisar.
  4. Tumis hingga naik bau dan tambahkan air.
    (Nota: Kuantiti air mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan).
  5. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
  6. Selepas itu, tambahkan bebola ikan dan perasakan dengan sedikit garam.
  7. Masak hingga kuah menggelegak dan tutupkan api.
  8. Laksa Ikan Sardin siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
No photo description available.
Kredit Foto: Norizaawanghamat

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook