Seafood Netizen

Tak Perlu Ke Kedai, Macam Ni Cara Buat Sotong Celup Tepung Gerenti Rangup

Tak Perlu Ke Kedai, Macam Ni Cara Buat Sotong Celup Tepung Gerenti Rangup
Jawatan Kosong baker & pastry

Sotong Celup Tepung merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tapi kalau makan di luar, hasilnya kadang-kadang menghampakan. Sotong yang dihidang hanya sedikit, jika dibandingkan dengan isi tepung yang tebal. Memang spoil betul!

BACA: Resepi Kari Sotong Pekat Likat Tanpa Santan, Sedapnya Kalah Kedai Mamak

Untuk juadah sampingan berbuka hari ini, apa kata anda ikut resepi oleh Puan Maya Miera ini. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dan mudah didapati. Yang penting, kerangupan pada setiap gigitan itu pasti terasa. Selain lagi jimat, keluarga pun mesti suka!

Tak Perlu Ke Kedai, Macam Ni Cara Buat Sotong Celup Tepung Gerenti Rangup
Kredit Foto: Mayamiera

Resepi Sotong Celup Tepung

Bahan-bahan:

  • Sotong (dicuci bersih)
  • Tepung goreng serba guna
  • Tepung beras
  • Serbuk cili
  • Onion powder
  • Sedikit air
  • Sebiji telur
Rupanya Ikut 4 Tips Ini, Barulah Goreng Sotong Tak Meletup, Lebih Rangup & Melekat Tepungnya! - Mingguan Wanita
Gambar sekadar hiasan

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, gaulkan sotong dengan tepung serba guna, sedikit serbuk cili, onion powder dan sedikit air.
  2. Perapkan seketika di dalam peti sejuk.
  3. Campurkan tepung beras dan tepung serba guna untuk dijadikan sebagai tepung kering.
  4. Ambil sotong yang telah diperap dan golekkan ke atas tepung kering.
  5. Pecahkan telur ke dalam bekas berasingan.
  6. Apabila sotong sudah bersalut sekata, celupkan ke dalam telur yang sudah dipukul.
  7. Kemudian, letakkan semula ke dalam tepung kering.
  8. Panaskan minyak dan gunakan api yang paling kuat.
    (Nota: Pastikan betul-betul panas sebelum goreng).
  9. Gorengkan sotong.
  10. Apabila sudah tukar warna keperangan, angkat dan toskan minyak.
  11. Sotong Celup Tepung siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

    May be an image of food, indoor and text that says "mayamiera"
    Kredit Foto: Mayamiera

Sumber: Facebook Maya Miera via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook