Pencuci Mulut Netizen

Tak Perlu Mesin Pengisar, Resepi ‘Mango Bingsu’ Penyegar Cuaca Panas

Tak Perlu Mesin Pengisar, Resepi ‘Mango Bingsu’ Penyegar Cuaca Panas
Jawatan Kosong baker & pastry

Bingsu merupakan salah satu pencuci mulut yang sangat terkenal di Korea. Kalau makan di restoran, harga fuhh boleh tahan dengan portion yang agak sedikit. Menariknya resepi kali ini, anda tidak perlu gunakan mesin pengisar untuk dapatkan ais hancur seperti di kedai.

BACA: Resepi Mudah Apam Mekar Tembikai Homemade, Enak & Gebu Menawan Hati

Gabungan rasa manis susu dan campuran buah segar memang dapat melegakan rasa haus ketika cuaca panas sekarang ni. Jom ikuti perkongsian saudari Syiqin Azrin yang sangat mudah dan lazat ini. Hanya perlukan 4 bahan utama, anda boleh nikmati Mango Bingsu yang sangat menyegarkan. Anak-anak pun mesti excited nak makan!

The Top 5 Places to Eat Mango Shaved Ice in Taipei – skyticket Travel Guide
Gambar sekadar hiasan

Resepi Mango Bingsu

Bahan-bahan:

  • Susu segar
  • Setengah biji mangga segar (Nota: Boleh gunakan buah mengikut citarasa anda)
  • Aiskrim berperisa vanilla
  • Susu pekat manis

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tuangkan susu segar ke dalam bag ziplock.
  2. Kemudian, letak ke dalam peti ais dan tunggu sehingga beku.
  3. Potongkan buah mangga yang segar menjadi bentuk dadu dah letak di dalam bekas berasingan.
  4. Selepas itu, letak buah mangga yang dipotong ke dalam peti ais.
  5. Apabila susu sudah beku, pukul menggunakan lesung batu di atas papan pemotong. (Nota: Pukulkan secara perlahan-lahan supaya susu beku tidak terlalu hancur).
  6. Letakkan di dalam bekas dan susun mangga di atasnya.
  7. Tambahkan satu scoop ais krim vanila dan susu pekat manis.
  8. Mango Bingsu siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
@syiqinazrin

day 19: mango bingsu! #laparketuw #seleraramadan #ramadanmubarak

♬ original sound – Syiqin Azrin – Syiqin Azrin

Sumber: Tiktok syiqinazrin

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook