Telur Lauk Netizen

Tak Perlu Nak Goreng Pun, Mari Masak Telur Pecah Sambal 3 Rasa Hari Ni!

Tak Perlu Nak Goreng Pun, Mari Masak Telur Pecah Sambal 3 Rasa Hari Ni!
Jawatan Kosong baker & pastry

Antara dilema yang mak-mak selalu kena hadap adalah buntu nak masak juadah apa untuk keluarga kan? Takkan nak repeat lauk yang sama saja setiap hari. Jadi apa kata hujung minggu ni, anda masak Telur Pecah Sambal 3 Rasa daripada Pun Liza Idris ini!

BACA: Jom Tukar Angin Masak Menu Baru, Gulai Telur Padang Asli Indonesia

Istimewanya telur tak perlu goreng, hanya pecah dan dimasak sekali dalam sambal. Menggunakan 3 sos yang berbeza sebagai bahan utama, pasti dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja. Cara memasak pun mudah dan tak perlu berdiri lama di dapur. Kalau makan dengan nasi putih, confirm bertambah-tambah!

May be an image of food

Resepi Telur Pecah Sambal 3 Rasa

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 3 biji telur ayam
  • 3 s.b. cili kisar
  • 1 s.b. sos tiram
  • 1 s.b. sos cili
  • 1 s.b. sos tomato
  • 1 cawan air
  • Sedikit daun bawang
May be an image of food and indoor

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah bersama bawang putih hingga naik bau.
  2. Tambahkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
  4. Tambahkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  6. Pecahkan telur dan masak seketika. (Nota: Gunakan api perlahan).
  7. Kemudian, terbalikkan telur dan masak selama 1 hingga 2 minit.
  8. Taburkan daun bawang di atasnya.
  9. Telur Pecah Sambal 3 Rasa siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food and indoor

Sumber: Facebook Liza Idris via Masakan Berpuaka

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook