Nasi Netizen

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Jawatan Kosong baker & pastry

Buat penggemar pedas, memang wajib order Nasi Goreng Cili Padi dekat kedai kan? Tapi kadang-kadang rasa tak kena dengan selera, tambah lagi jika makanannya agak berminyak memang kuranglah nikmatnya.

BACA: Resepi Nasi Daging Utara Padu Bakhang, Menu Istimewa Pengikat Perut Suami

Oleh sebab itu, buat sendiri dekat rumah lagi puas hati sebenarnya kan? Ikuti perkongsian Puan Noratiqah Nordin ini, sebab resepi Nasi Goreng Cili Padi cukup special! Berbeza dengan sesetengah resepi lain, dia gunakan bahan istimewa iaitu isi ikan goreng. Kata wanita ini, ‘rahsia’ tersebut diajar oleh ibunya untuk menambahkan lagi rasa sedap dan padu terhadap juadah tersebut.

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Bahan-Bahan:

  • Nasi sejuk
  • Cili padi
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/4 cawan ikan bilis tebal
  • Isi ikan goreng
  • Garam
  • 1 biji telur

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Cara Memasak:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, tumiskan ke atas kuali bersama sedikit minyak.
  3. Masukkan pula isi ikan goreng, kiub pati ikan bilis serta pecahkan telur. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan nasi ke dalam kuali dan perasakan dengan sedikit garam jika diperlukan. Gaul rata.
  5. Tutup api dan angkat.
  6. Nasi Goreng Cili Padi siap untuk dihidang dan dinikmati pada bila-bila waktu sahaja. Selamat mencuba!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Tambah Isi Ikan Dalam Nasi Goreng Cili Padi Untuk Extra Padu? Biar Betul!

Sumber: Facebook Noratiqah Nordin via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram