Kuih Muih Netizen

Tauhu Telur Bergedil Padat Inti Ayam Cincang, Mudah & Berbaloi Sedap

Tauhu Telur Bergedil Padat Inti Ayam Cincang, Mudah & Berbaloi Sedap
Jawatan Kosong baker & pastry

Tauhu bergedil sebenarnya sama seperti bergedil kentang cuma ia gunakan kulit tauhu kering sebagai lapisan luar. Tauhu bergedil juga lagi sedap bila dicicah dengan kuah kicap tau. Memang padu habis!

BACA: Resepi Bihun Sup Tulang Utara Original, Sedap & Lawankan Sambal Cili Merah

Kalau beli di  bazaar pun, mesti harga mahal dan isi dalamnya kurang. Potong stim betul! So, hari ni kami bawakan resepi unik dan mudah daripada Cik Nur Aisyah. Intinya confirm tebal. Baru berbaloi dan puas hati. Selamat mencuba!

Resepi Tauhu Telur Bergedil Ayam

Bahan-bahan: Inti Tauhu

  • Tauhu kering (sepaket)
  • Isi ayam cincang bahagian dada
  • Serbuk lada putih
  • Stok pati ayam
  • Secubit garam
  • Bawang cincang halus
  • Kentang rebus 1 biji (yang telah dilenyek)
  • Daun sup

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, kisar halus semua bahan di atas.
  2. Kemudian, tauhu tersebut dibelah tengah.
  3. Untuk elakkan pembaziran, ambil isi dalamnya dan campur bersama bahan inti di atas.
  4. Kemudian, sumbatkan inti ke dalam tauhu sehingga padat.
  5. Boleh letakkan cili dan daun kari untuk penambah rasa.
  6. Kukus selama 10 minit dengan api besar.

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

Bahan-bahan: Celup Tepung

  • Boleh gunakan mana-mana tepung goreng serbaguna di pasaraya.
  • Telur sebiji
  • Daun kucai
  • Sedikit air

Cara memasak:

  • Gaul rata tepung, telur, daun kucai dan air.
  • Celupkan tauhu dan goreng sehingga garing.
  • Apabila sudah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Nur Aisyah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook