Pucuk Ubi Tempoyak antara hidangan popular bagi golongan mak-mak di kampung halaman. Jika pulang ke bandar, memang susah nak jumpa yang sama padu seperti di kampung. Juadah seperti ni pun sebenarnya ada banyak variasi untuk dimasak tau!
BACA: Guna Santan & Isi Ikan, Ini Rupanya Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kelantan
Istimewanya, ikan bilis dan petai ditambah untuk berikan rasa lagi ‘kaw’! Jom ikut resepi Pucuk Ubi Tempoyak Petai daripada saudari Zuriani Zuhri ni. Bagi penggemar hidangan kampung, menu ni pasti kena dengan citarasa anda. Kalau makan dengan nasi dan ikan kering, fuhh nikmat dia tak terkata!

Resepi Pucuk Ubi Tempoyak Petai
Bahan-bahan:
- Pucuk ubi
- Petai
- Tempoyak
- 3 batang serai (diketuk)
- Cili padi
- Santan
- Serbuk kunyit
- Kerisik
- Garam
- Ikan bilis
Cara memasak:
- Panaskan air dan celur pucuk ubi seketika untuk hilangkan rasa pahit.
- Kisarkan cili padi, serbuk kunyit, ikan bilis bersama sedikit air.
- Tuangkan ke dalam bekas dan ketepikan terlebih dahulu.
- Masukkan tempoyak di dalam mesin pengisar yang sama dan kisar hingga halus.
- Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan yang dikisar hingga naik bau.
- Tambahkan serai, serbuk kunyit dan petai.
- Masukkan santan dan pucuk ubi yang dicelur.
- Perasakan dengan sedikit garam.
- Kacau rata dan masak hingga pucuk ubi bertukar lembut.
- Pucuk Ubi Tempoyak Petai siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Zuriani Zuhri via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi