Pencuci Mulut Netizen

Tiada Pewarna Tiruan, Jom Buat Aiskrim Coklat Confirm Selamat Untuk Anak

Tiada Pewarna Tiruan, Jom Buat Aiskrim Coklat Confirm Selamat Untuk Anak
Jawatan Kosong baker & pastry

Kadang-kadang, tekak memang teringin nak makan benda manis lepas dah sedap ‘pekena’ lauk berat. So, hari ni kami ingin kongsi resepi mudah Aiskrim Coklat daripada Puan Nur Amirah yang confirm sedap. Bila buat sendiri di rumah, kita pun tahu bahan apa yang digunakan. Resepi ni bagus dan dijamin selamat sebab tak guna langsung pewarna tiruan sintetik sangat berbahaya untuk si kecil.

BACA: Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap, Rasanya Setanding Pencuci Mulut Mahal

Selain coklat, boleh juga gantikan dengan perisa lain ikut citarasa masing-masing. Bahan-bahan yang digunakan pun senang dijumpai di pasaraya. Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun mesti excited punya!

Lebih 3k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Aiskrim Coklat Yang Mudah Dan Menyelerakan
Gambar sekadar hiasan

May be an image of gelato

Resepi Aiskrim Coklat Homemade

Bahan-bahan:

  • Coklat compound (Nota: Anda juga boleh gantikan dengan coklat bar)
  • Gula tebu asli
  • Susu segar
  • Serbuk koko
  • Kuning telur
  • Whipping cream
  • Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, kisarkan coklat compound bersama gula tebu asli, kuning telur, susu segar, serbuk koko, whipping cream dan sedikit garam.
    (Nota: Boleh tukarkan perisa mengikut citarasa yang anda suka).
  2. Kisar hingga semua bahan bertukar kembang dan hancur.
  3. Selepas itu, pindahkan bahan ke dalam sebuah bekas.
  4. Bekukannya di dalam peti ais selama 10 jam atau pun dibiar semalaman.
  5. Aiskrim Coklat Homemade siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

 

May be an image of food and indoor

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Nur Amirah 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook