Netizen Uncategorized

Tips Basuh Sotong Guna 1 Bahan Je, Confirm Masakan Anda Tak Berbau Hanyir

Tips Basuh Sotong Guna 1 Bahan Je, Confirm Masakan Anda Tak Berbau Hanyir
Jawatan Kosong baker & pastry

Mungkin anda pernah hadapi situasi bila hidangan sotong yang dimasak berbau hanyir. Kadang-kadang jenuh fikir apa bendalah yang membuatkan ia berbau hanyir, padahal dah basuh bersih-bersih sebelum mula memasak. Tidak dinafikan, setiap seafood tu ada baunya tersendiri yang agak kurang menyenangkan.

BACA: Bau Hanyir Ayam Meloyakan, Rupanya Guna Tepung Gandum Dah Settle Masalah

Selama ni buang tulang sotong je…patutlah ada bau hanyir sikit

Bagi yang dah biasa pergi pasar, mesti tahu harga sotong ni kadang-kadang menggila jugalah. Sekilo dekat RM30 sehingga mencecah RM40 tau bergantung pada jenis dan saiz. Jadi sayang pula kalau dah siap masak, baru tersedar ada bau hanyir gara-gara cara basuh yang salah. Haaa inilah masanya korang kutip petua macam mana nak hilangkan bau sotong.Guna air paip je tak cukup tau!

Tips Basuh Sotong Guna 1 Bahan Je, Confirm Masakan Anda Tak Berbau Hanyir
Gambar sekadar hiasan

Nasib baik mudah je…guna asam limau dah boleh hilangkan hanyir

Bagi anda yang pernah mengalami masalah ini, mungkin boleh cuba trick mudah yang dilakukan oleh saudari Syaqila16 melalui video di aplikasi TikTok ini. Caranya sangat mudah, hanya menggunakan perahan asam limau ketika hendak menyimpan. Tetapi sebelum itu, sotong perlulah dibersihkan di bawah air yang mengalir serta buang segala kekotoran. InsyaAllah dengan cara ini, bau hanyir dapat dikurangkan!

@syaqila16_

Balas @liliy.r #sama2belajar #tipsdapur #sama2dirumah

♬ original sound – Syaqila16 – Syaqila16

Selalu tak buang dakwat hitam tu…terima kasih kongsi tips

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman mereka yang tidak membuang dakwat hitam kerana dianggap lebih sedap dan rasa sotong yang lebih nikmat. Selain itu, ada juga yang berkongsi tips untuk menjadikan sotong lebih empuk adalah dengan merendam ke dalam larutan air baking soda.

Tips Basuh Sotong Guna 1 Bahan Je, Confirm Masakan Anda Tak Berbau Hanyir

Tips Basuh Sotong Guna 1 Bahan Je, Confirm Masakan Anda Tak Berbau Hanyir

Tips Basuh Sotong Guna 1 Bahan Je, Confirm Masakan Anda Tak Berbau Hanyir

Sumber: TikTok syaqila16

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram