Ikan Uncategorized

Tips Goreng Ikan Bawal Gerenti Tak Melekat Di Kuali, Lambung Pun Boleh!

Tips Goreng Ikan Bawal Gerenti Tak Melekat Di Kuali, Lambung Pun Boleh!
Jawatan Kosong baker & pastry

Makanan yang berasaskan seafood, terutama ikan memang lazat. Masaklah juadah apa sekali pun, rasanya tidak pernah menghampakan. Namun, antara masalah yang selalu dihadapi oleh golongan mak-mak apabila ikan yang digoreng melekat dalam kuali.

BACA: Bau Hanyir Ayam Meloyakan, Rupanya Guna Tepung Gandum Dah Settle Masalah

Tak ramai yang tahu…teknik betul supaya elak ikan melekat dalam kuali

Bila diangkat, hasil gorengan memang nampak hampa dan tak menyelerakan. Kalau untuk keluarga mungkin boleh dimaafkan lagi, tapi cuba kalau depan bakal mentua nak test pandai masak atau untuk dijamah tetamu penting? Malu bukan kepalang rasanya!

Tips Goreng Ikan Bawal Gerenti Tak Melekat Di Kuali, Lambung Pun Boleh!
Gambar sekadar hiasan

Kelar ikan & tabur garam…jangan lupa sapu minyak juga di atasnya

Bagi anda yang sering dihantui masalah ini, boleh try tips mudah yang dikongsi oleh saudara Richard di aplikasi Tiktok ni. Gerenti tak melekat, lambung-lambung pun boleh! Pertama sekali, kelarkan ikan bawal seperti dalam video ini dan taburkan sedikit garam. Kemudian, sapukan minyak di atasnya.

@richard_is_cooking

Reply to @apikmeran00 #ikanbawal #tiktokchef #tiktokguru #masakdirumahaja

♬ original sound – Richard is cooking – Richard is cooking

Buangkan minyak panas pertama dan tambahkan minyak baru sekali lagi… Pusing setiap 2 minit

Setelah itu, panaskan kuali dan tambahkan minyak masak. Buangkan minyak panas yang pertama dan masukkan minyak baru ke dalam kuali. Pastikan sudah betul-betul panas, baru masukkan ikan bawal. Pusingkan ikan setiap 2 minit dan seperti magic, ia pasti tidak melekat dalam kuali.

Tips Goreng Ikan Bawal Gerenti Tak Melekat Di Kuali, Lambung Pun Boleh!

Sumber: Tiktok richard_is_cooking

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook