Ayam Netizen Pasta

Uniknya! Jom Masak Pasta Ayam Percik Di Rumah, Rasanya Confirm ‘Wow’ Habis

Uniknya! Jom Masak Pasta Ayam Percik Di Rumah, Rasanya Confirm ‘Wow’ Habis
Jawatan Kosong baker & pastry

Ayam Percik merupakan antara juadah yang sedap dinikmati bersama seisi keluarga. Kelazatannya bukan sahaja terletak pada ayam yang dibakar, tapi bergantung juga pada perapan dan kuahnya.

BACA: Pasta Vermicelli Dengan Isi Ayam, Resepi Western Yang Mak-Mak Wajib Cuba!

Pernah tak anda terfikir untuk gabungkan perapan ayam percik bersama pasta? Haaa dengar macam pelik, tapi rasanya confirm ‘wow’ habis! Ikut je resepi mudah daripada saudara Ash ni. Bila dah siap, boleh share dekat media sosial pula sebab visualnya sangat menyelerakan!

Image

Image

Resepi Pasta Ayam Percik

Bahan-bahan:

  • Serai
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Jintan manis
  • Cili kisar
  • Santan
  • Asam jawa
  • Tepung jagung
  • Cendawan (dihiris)
  • Brokoli (dipotong)
  • Sosej ayam (dipotong)
  • Lada benggala (dipotong dadu)
  • Serbuk cili

Cara memasak:

  1. Rebuskan pasta di dalam air panas bersama sedikit minyak dan garam.
  2. Kemudian, angkat dan ketepikan terlebih dahulu. (Nota: Jangan buang semua air rebusan pasta).
  3. Bancuhkan tepung jagung besama sedikit air dan ketepikan dahulu.
  4. Kisarkan serai, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halis bersama jintan manis hingga halus.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  6. Tambahkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
  7. Masukkan santan, asam jawa dan bancuhan air tepung jagung.
  8. Tambahkan hirisan cendawan, brokoli dan sosej.
  9. Masak seketika dan tambahkan pasta.
  10. Tambahkan lada benggala dan serbuk cili.
  11. Kacau rata dan tutupkan api.
  12. Pasta Ayam Percik siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
@ashfoodhunter

PERNAH MAKAN PASTA AYAM PERCIK ??!! #fyp #malaysia #food #ramadanmubarak #ramadan #seleraramadan #easyrecipe #tiktokcooking

♬ original sound – AshFoodhunter – AshFoodhunter

Sumber: Twitter & Tiktok ashfoodhunter

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram