Tauge antara sayur yang yang sering dimasak dalam pelbagai hidangan. Sama ada ditumis biasa atau dimakan dengan mi atau nasi kerabu, fuhhh memang boleh naikkan lagi selera. Antara khasiat tauge yang ramai tak tahu adalah ia turut mempunyai 2 kali ganda sumber protein berbanding daging lembu dan ayam.
BACA: Tips Simpan Cili Kisar Tahan Sampai Sebulan, Gunakan 1 Saja Bahan Rahsia
Selalu beli memang kuantiti yang diberi banyak…tapi kalau dibiar nanti lembik dalam peti ais
Kadang-kadang kalau beli tauge harga 50 sen pun, kuantiti yang dapat adalah sangat banyak. Padahal jumlah yang ingin diletak dalam masakan hanya sedikit. Lama-lama nanti, tauge pun terbiar dan lembik dengan sendiri di dalam peti ais. Jadi macam mana nak atasi masalah ini?
![[VIDEO] Jangan Dibuang, Guna Kaedah Ini Untuk Simpan Tauge & Tahan Lama 2 Tauge](https://cdn1-production-images-kly.akamaized.net/QRnorG68bkvHfQNM-D0aKNdmq_g=/640x480/smart/filters:quality(75):strip_icc():format(jpeg)/kly-media-production/medias/3000755/original/015365000_1576742055-shutterstock_438339961.jpg)
Hanya tambahkan asam keping… Kerap tukar air 3 hingga 4 hari sekali
Menerusi aplikasi Tiktok, wanita yang dikenali sebagai Kak El ini berkongsi tips mudah untuk pastikan tauge tahan lama dan kekal segar. Hanya tambahkan asam keping di dalam campuran air yang ditapis bersama tauge dan simpan di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, air perlu ditukar pada setiap 3 atau 4 hari sekali untuk elakkan sayur tersebut rosak.
@fitriahazman Ni cara kak el. Tapi kena rajin tukar air tau. #fyp #kakelsharepetua #buwatjetiktok #petua #surirumah
Guna garam pun boleh… Terima kasih share info yang sangat bermanfaat ni
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan ilmu bermanfaat tersebut. Tidak ketinggalan, ada juga yang turut berkongsi idea lain untuk elakkan sayur tauge bertukar lebam dan kehitaman.
Sumber: Tiktok fitriahazman
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi