Minuman Netizen

[VIDEO] Projek PKP 3.0, Tak Sangka Sedap Tambah Santan Dalam Kopi Dalgona

[VIDEO] Projek PKP 3.0, Tak Sangka Sedap Tambah Santan Dalam Kopi Dalgona
Jawatan Kosong baker & pastry

Sebenarnya, Kopi Dalgona merupakan minuman yang sangat popular di kebanyakan kafe hipster. Ia mula viral ketika pelaksanaan PKP pertama khususnya di luar negara sebelum minuman ini menjadi eksperimen rakyat Malaysia. Tapi, pernah tak anda terfikir untuk ubah resepi tipikal kopi ini? Haaa istimewanya resepi yang dikongsi oleh saudara Ash kerana santan kelapa ditambah untuk berikan rasa lebih creamy.

BACA: Jom Try Dalgona Sirap Manis Berkrim, Rawat Hati Gundah Tak Balik Raya!

Yang paling best, gabungan antara kopi dan santan jadikan minuman ni tak muak. Memang ummmmppphhh! Cara nak buat pun cukup mudah. Lagi-lagi nampak 2 layer yang sedap, persis rupa minuman di kafe mahal! Bila dah siap nanti, boleh lah upload di media sosial masing-masing. Dah terliur ke tengok gambar? Mari mula!

Image
Kredit Foto: Malayfoodlicious

Resepi Kopi Dalgona Bersama Santan

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk kopi
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan santan

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, campurkan 2 sudu besar serbuk kopi, 2 sudu besar air panas dan 1 sudu besar gula.
  2. Kacaukan semua bahan menggunakan hand mixer hingga kembang.
  3. Kemudian, masukkan santan bersama susu segar ke dalam gelas. (Nota: Anda juga boleh tambahkan ais batu jika suka minuman sejuk).
  4. Selepas itu, tuangkan campuran kopi di atasnya.
  5. Kopi Dalgona Bersama Santan siap untuk diminum. Selamat mencuba!
@ashfoodhunter

Coconut Milk hits differently 😩😩 #MenuTotalLockdown #malaysia #fyp #easyrecipe #dalgona

♬ original sound – Aujonta

Sumber: Tiktok ashfoodhunter

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook