Nasi Ayam Netizen

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Jawatan Kosong baker & pastry

Buat anda yang suka makan Nasi Lemak, mesti biasa beli nasi yang cuma berwarna putih santan. Yelah, sebab jarang juga nampak gerai tepi jalan atau mana-mana restoran yang menjual Nasi Lemak warna hijau. Unik betul! Tapi tukarlah warna apa pun, Nasi Lemak tetap dihati ramai orang, kan?

BACA: Resepi Nasi Daging Utara Padu Bakhang, Menu Istimewa Pengikat Perut Suami

Nak tak hari ni, kita cuba buat Nasi Lemak Hijau Ayam Goreng Berempah? Senang saja nak membuatnya, ikut resepi yang dikongsi oleh Puan Nurul Huda Sulaiman ni. Confirm menjadi dan nikmat makan dengan ayam goreng rangup tu fuhh memang tak terkata! Okey jom mula.

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni
Gambar sekadar hiasan

Resepi Nasi Lemak Hijau Ayam Goreng Berempah

Bahan – Nasi Lemak:

  • 1kg beras
  • 4 cawan santan
  • 2 cawan air (Nota: Bergantung pada nisbah air dan beras yang anda gunakan)
  • 6 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 1-2 inci halia
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 helai daun pandan
  • 2-3 titik pewarna hijau

Cara Membuat:

  1. Masukkan beras ke dalam periuk dan tuangkan santan.
  2. Kemudian, masukkan bawang merah, halia, garam, gula, daun pandan serta sedikit pewarna hijau.
  3. Gaul rata dan biarkan nasi masak sempurna.

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Bahan – Perapan Ayam:

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 batang serai
  • 1-2 inci halia
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 5 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar garam
  • 1 sudu besar serbuk perasa

Cara Membuat:

  1. Perapkan ayam bersama kesemua bahan perapan di atas selama beberapa jam.
  2. Kemudian, gorengkan ayam sehingga garing dan masak sempurna.
  3. Tutup api, angkat dan toskan minyak.

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Bahan – Sambal:

  • 4-5 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar bawang besar (dikisar)
  • 1 sudu besar bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar halia (dikisar)
  • 1 genggam ikan bilis (dikisar)
  • 1/2 gula melaka
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk perasa
  • 2 sudu besar gula
  • Belacan
  • 1 sudu kecil asam jawa

Cara Memasak:

  1. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan pula bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis dan gula melaka. Gaul rata.
  3. Apabila kelihatan sudah pecah minyak, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  4. Masukkan pula belacan dan asam jawa bagi rasa yang lebih terangkat.
  5. Gaul rata dan biarkan selama 1 jam hingga pecah minyak untuk mendapatkan rupa sambal yang lebih cantik.
  6. Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah siap untuk dihidang bersama sambal istimewa dan telur rebus. Selamat mencuba!

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Wow Nasi Warna Hijau! Mudah Sangat Buat Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Ni

Sumber: Facebook Nurul Huda Sulaiman via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram