Kalau singgah ke restoran masakan Cina, Mi Tarik merupakan salah menu famous yang selalu dicari. Apa yang ramai tak tahu, ia juga boleh dibuat di rumah saja. Jom ikut perkongsian resepi mudah dengan hanya 4 bahan sahaja oleh Puan Baizura Abdul Azizi ini.
BACA: Menu Simple Tapi Sedap Gila, Ini Dia Resepi Mi Wantan Kicap Chinese Style
Yang paling best, tak perlu gunakan sebarang perkakas mesin pun untuk buat Mi Tarik ni tapi hasilnya tetap sama seperti di restoran. Dimakan pula dengan kuah sup yang ‘power’, confirm licin semangkuk!
Resepi Mi Tarik Homemade
Bahan-bahan:
- 250g tepung gandum
- 1 s.k. garam
- 1 s.k. baking powder
- Air
Cara membuat:
- Campurkan tepung gandum, garam, baking powder dan air.
- Uli hingga semua bahan sebati.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat di jari.
- Selepas itu, rehatkan doh di dalam plastik wrap selama 2 jam.
- Kemudian, ambil doh yang sudah diperap dan gelekkan guna penggelek kayu hingga nipis.
- Taburkan sedikit tepung gandum di atas doh untuk elakkan ia daripada melekat.
- Lipatkan doh dan potong memanjang dan halus.
- Potong hingga adunan doh habis.




Cara memasak:
- Panaskan air di dalam periuk dan rebus mi selama 2 hingga 3 minit.
- Kemudian, toskan mi dan buang air rebusan.
- Mi Tarik Homemade siap untuk dimakan bersama kuah. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Baizura Abd Aziz via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi