Netizen Sayur

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bagi anda yang sedang berdiet, mesti ada masa korang buntu nak masak apa. Makan nasi takut terlampau kenyang sangat pula. Nak makan ayam goreng eh berminyak banyak kalori tu. Balik-balik ayam panggang takpun salad bersama mayonis. Haa apa kata korang buat Kobis Gulung? Kukus-kukus terus dah boleh siap!

BACA: Menu Sihat Sesuai Buat Yang Nak Kurus, Egg Salad Bersama Lada Benggala

Jangan risau kami boleh guide anda, ikut saja Resepi Kobis Gulung hasil perkongsian oleh Puan Az Hanie Ismail ni. Walaupun menggunakan sayur sebagai bahan utama, tapi rasanya sangat sedap sampai berulang makan lagi-lagi bila dicicah sos Thai. Fuhhh jomlah kita cuba buat!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Resepi Kobis Gulung

Bahan-Bahan:

  • Dada ayam (dicincang)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk perasa/Garam bukit
  • Serbuk cili
  • Lobak merah
  • Kobis ungu (dihiris)
  • Kobis hijau

Cara Membuat:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan isi ayam dan biarkan sehingga ayam masak sempurna.
  3. Masukkan pula lobak merah dan kobis ungu. Gaul rata.
  4. Perasakan juga dengan lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Gaul rata, tutup api dan angkat.
  6. Sementara itu, celurkan terlebih dahulu lapisan kobis hijau supaya lembut dan senang untuk menggulung.
  7. Seterusnya, letakkan inti ayam ke atas lapisan permukaan kobis hijau dan gulung dengan kemas serta ikat menggunakan daun kucai.
  8. Kukuskan selama lebih kurang 3 minit dan angkat.
  9. Kobis Gulung siap untuk dinikmati bersama sos pencicah Thai. Selamat mencuba!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Yang Tengah Diet Wajib Try, Kobis Gulung Bersama Sos Thai Padu!

Sumber: Facebook Az Hanie Ismail via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram